1. Sesungguhnya
kami telah utus Nuh kepada kaum nya, bahawa ancamlah kaum mu sebelum datang kepada
mereka azab yang pedih.
2. Ia
berkata;“hai kaum ku ! sesungguhnya aku
bagi kamu, pangancam yang menerangkan”.
3.
“Bahawa hendaklah kamu sembah Allah dan takut kepada nya dan taat kepadaku”.
4.
“Nescaya ia ampunkan bagi kamu dari dosa-dosa kamu, dan ia akan biarkan kamu
hingga satu ajal yang ditentukan, sesungguhnya ajal (dari) Allah, apabila datang,
tidak dapat diundurkan, jika kamu tahu”.
5. Ia
berkata; “hai Tuhan ku! Aku seru kaum ku malam dan siang”.
6.
“Tetapi ajaklah ku tidak menambah kepada mereka melainkan lari”.
7. “Dan
sesungguhnya tiap-tiap kali aku seru mereka (keagama ku) supaya engkau beri
ampun bagi mereka, mereka sumbatkan jari-jari mereka ditelinga-telinga mereka,
dan mereka berselimut dengan pakaian mereka, dan berkekalan mereka, dan mereka
menyombong sangat”.
8.
“Kemudian, sesungguhnya aku telah seru mereka dengan seruan yang nyaring”.
9. “Kemudian,
sesungguhnya aku telah terang-terangkan (ajakan) bagi mereka, dan aku telah
rahsiakan sungguh-sungguh (ajakan) bagi mereka”
10. “Maka
aku berkata;“mintalah ampun kepadaTuhan
kamu, kerana sesungguhnya adalah ia pengampun”.
11. “Ia
akan curahkan (air) langit atas kamu dengan sungguh-sungguh curahan”.
12. “Dan
ia akan membantu kamu dengan hartadananak buah, dan ia akan adakan
bagi kamu syurga-syurga, dan ia akan adakan bagi kamu sungai-sungai”.
13.
“Mengapa kamu tidak berharap (mengadakan) penghormatan besar bagi Allah”.
14. “Pada
hal ia telah jadikan kamu (dalam) beberapa giliran ?”.
15.
“Tidaklah kamu fikirkan bagaimana Allah jadikan tujuh langit bersusun-susun”.
16. “Dan
ia jadikan bulan padanyasebagai cahaya,
dan ia jadikan matahari sebagai pelita ?”.
17. “Dan
Allah tumbuhkan kamu dari bumi sungguh-sungguh tumbuhan”.
18. “Kemudian
ia akan kembalikan kamu kepadanya dan ia akan keluarkan kamu sungguh-sungguh
(daripadanya)”.
19. “Dan
Allah telah jadikan untuk kamu bumi itu sebagai hamparan”.
20.
“Supaya kamu jalanidaripadanya beberapa
jalan yang lurus?”.
21.
Berkata Nuh;“Hai Tuhan ku !
sesungguhnya mereka telah derhaka kepada ku dan mereka turut orang yang
hartanya dan anak buahnya tidak menambah bagi nya melainkankerugian”.
22. “Dan
mereka membikin tipu daya yang sangat besar”.
23. “Dan
mereka berkata; “janganlah kamu tinggalkan tuhan-tuhan kamu, dan jangan lah
kamu tinggalkan, wadd dan jangan suwwa, dan janganyaghuts, yu’uq dan nasr”.
24. “dan
sesungguhnya mereka telah sesatkanbanyak (manusia), dan jangan lah engkau tambah (bagi) orang-orang yang anyanyai
itu melainkankesesatan”.
25.
Lantaran dosa-dosa mereka, ditenggelamkan mereka, lalu dimasukkan mereka ke neraka,
maka mereka tidak mendapat untuk mereka pembantu-pembantu selain dari Allah.
26. Dan
berkata Nuh; “hai
Tuhan ku !janganlah engkau tinggalkan
diatas bumi ini, dari orang-orang kafir, seorang pun penduduk”.
27. “Kerana jika engkau
tinggalkan mereka nescaya mereka sesatkan hamba-hamba mu dan mereka tidak akan
menzahirkan(anak)melainkan yangberdosa yang sangat kufur”.
28. “Hai Tuhan ku !
tutupkan lah bagiku, dan (ampunkanlah)
bagi ibu bapa ku dan bagi orang yang masuk rumah ku sebagai mukmin, dan bagi mukmin
dan mukminat, dan janganlah engkau tambah (bagi) orang-orang yang zalim itu
melainkan kebinasaan”.
1. Bertanya
seorang yang bertanya tentang azab yang akan sampai.
2.
(Dijawab); “buat orang-orang kafir, tidak ada baginya sebarang penolak”.
3.
“DaripadaAllah yang mempunyai
jalan-jalan naik”.
4. Naik
melaikat dan ruh-ruh kepada nya didalam sehari kadar nya lima puluh ribu tahun.
5. Oleh
itu, sabarlah satu kesabaran yang bagus.
6.
Sesungguhnya mereka pandang dia jauh.
7. Tetapi
kita pandang dia dekat.
8. Iaitu
pada hari yang jadilah langit itu seperti keledak minyak.
9. Dan
jadilah gunung-gunung itu seperti bulu.
10. Dan
seorang keluarga yang hampir tidak akan bertanya kepada seorang keluarga (nya).
11. Pada
hal mereka diperlihatkan kepada mereka, berharap orang yang kafir kalau bisa ia
tebus diri nya daripada azab hari itu dengan anak-anak nya.
12. Dan
(dengan) isteri nya dan saudara laki-laki nya.
14.Dan (dengan) siapa-siapa yang dibumi
semuanya, kemudian ia selamatkan dia.
15. Tidak
sekali-sekali ! sesungguhnya (neraka) itu nyalaan.
16. Yang
menanggalkan kulit kepada.
17. Yang
memanggil orang yang membelakang dan berpaling.
18. Dan
mengumpul dan menyimpan.
19.
Sesungguhnya manusia itu dijadikan (sifat) loba – kikir.
20.
Mengeluh apabila kesusahan menimpa dia.
21. Dan
kikir apabila keuntungan mengenai dia.
22.
Kecuali orang yang sembahayang.
23. Yang
berkekalan atas sembahayang.
24. Dan
yang diharta-hata mereka ada hak yang maklum,
25. Bagi
yang meminta dan yang tidak mampu
26. Dan
membenarkan hari pembalasan.
27. Dan
yang khuatir kepada azab Tuhan mereka.
28.
Kerana sesungguhnya azab (dari) Tuhan mereka tidak dapat dipercayai.
29. Dan
yang memelihara kemaluan-kemaluan mereka.
30. Kecuali
terhadap isteri-isteri mereka atau siapa-siapa yang dimiliki oleh tangan-tangan
kanan mereka, kerana sesungguhnya mereka tidak tercela.
31.
Tetapi berangsiapa mahu lain daripada itu
maka (adalah) mereka orang-orang melewati batas.
32.
Danyang memelihara amanat-amanat mereka
dan janji mereka.
23. Dan
yang menunaikan persaksian-persaksian mereka.
34. Dan
yang memilihara sembahayang mereka.
35.
Mereka itu dimuliakan disyurga-syurga.
36. Maka
mengapakah orang-orang kafir itu datang bersegera kejurusan mu.
37.
Berpuak-puak dari kanan dan kiri ?
38.
Apakah tiap-tiap seorang dari mereka ingin hendak dimasukkan (dalam) syurga
kenikmatan ?
39. Tidak
sekali-kali ! sesungguhnya kami jadikan mereka daripada apa yang mereka tahu.
40. Maka
tidak ! aku bersumpah dengan Tuhan bagi beberapa timur dan beberapa barat,
sesungguhnya kami berkuasa.
41. Atas
mengganti (kejadaian) yang lebih baik daripada mereka, dan tidak kami lemah.
42. Oleh
itu, biarkan lah mereka mendalam dan bermain-main hingga mereka bertemu hari
yang dijanjikankepada mreka.
43.
(Iaitu) hari yang mereka akan keluar daripada kubur-kubur dengan bersegera
seolah-olah mereka pergi kepada berhala-berhala.
44.
Didalam keadaan pandangan-pandangan mereka tunduk, ditimpa oleh kerendahan,
yang demikian itu lah hariyang mereka
dijanjikan. [Ulasan][Penutup][Previous][Next][References].
3. Dan
apa yang membikin mu tahu apadia yang
tentu datang itu ?
4.
(Kaum-kaum) Samud dan Aaad telah dustakan hari kiamat itu.
5. Oleh
itu, ada pun (kaum)Samud, maka telah
dibinasakan mereka dengan pekikan.
6. Dan
ada pun (kaum) Aad, maka dibinasakan merekadengan angin sangat dingin yang melampaui batas.
7. Ia
timpakan dia atas mereka tujuh malam dan lapan hari terusan-terusan, maka
engkau dapat melihat padanya kaum itu gugur mati seolah-seolah mereka batang
kurma yang kosong tengahnya.
8. Maka
adakah engkau lihat bagi mereka sia-sia ?
9. Dan
telah datang Firaun dan orang-orangyang
sebelum nya dan penduduk negeri-negeri yang terbalik dengan sebab (mengerjakan)
maksiat.
10. Iaitu
mereka derhaka kepada utusan Tuhan mereka, lalu ia seksa mereka satu seksaan
yang bersangatan.
11.
Sesungguhnya kami, tetakala naik air, kami muatkan kamu didalam kapal itu.
12. Untuk
kami jadikan dia peringatan bagi kamu, dan (supaya) diterima dia oleh telinga
yang suka menerima.
13. Maka
apabila ditiup disengkala satu tiupan.
14. Dan
diangkat bumi dan gunung-gunung, lalu diremukkan kedua-duanya satu remukan.
15. Maka
pada hari itu terjadilah kejadian itu.
16. Dan
terbelah langit, maka (adalah) ia pada hari itu lemah.
17.
Danmelaikat-melaikat (adalah)
dipenjuru-penjuru atasnya, dan menanggung aras Tuhanmu diatas mereka, pada hari itu, lapan
Melaikat.
18. Pada
hari itu, kamu akan dihadapkan didalam keadaan tidak terembunyi (lagi) dari
(urusan-urusan) kamu suatu yang tersembunyi.
19. Maka
ada pun orang yang diberi surat (perhitungan) disebelah kanan nya, akan
berkata; “marilah ! bacalah surat ku (ini)”.
20.
“Sesungguhnya (memang) aku percaya, bahawa aku akan bertemu perhitungan ku
(yang baik)”.
21. Maka
(adalah) ia dalam penghidupan yang diredai.
22.
Disyurga yang tinggi.
23. Pemetikan
itu dekat.
24.
(Dikata); “makan dan minumlah kamu dengan gembira dengan sebab (amal) yangkamu telah sediakan dihari-hari yang telah
lalu”.
25. Dan
ada pun orang yang diberi suatu (perhitungan nya) disebelah kirinya, akan
berkata; “alangkah baik nya kalau aku tidak diberi surat ku (ini) !”.
26. “Dan
aku tidak tahu apa (dia) perhitungan ku !”.
27.
“Alangkah baiknya kalau (kematian) itu adalah pemberes !.
28. Harta
ku tidak melepaskan daripada ku (azab Tuhan).