Monday, May 27, 2013

Al-Maarij



{70}
AL-MA’ARIJ (jalan-jalan naik) 1~44.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.
                                                                         
1. Bertanya seorang yang bertanya tentang azab yang akan sampai.
2. (Dijawab); “buat orang-orang kafir, tidak ada baginya sebarang penolak”.
3. “Daripada  Allah yang mempunyai jalan-jalan naik”.
4. Naik melaikat dan ruh-ruh kepada nya didalam sehari kadar nya lima puluh ribu tahun.
5. Oleh itu, sabarlah satu kesabaran yang bagus. 
6. Sesungguhnya mereka pandang dia jauh.
7. Tetapi kita pandang dia dekat.
8. Iaitu pada hari yang jadilah langit itu seperti keledak minyak.
9. Dan jadilah gunung-gunung itu seperti bulu.
10. Dan seorang keluarga yang hampir tidak akan bertanya kepada seorang keluarga (nya).
11. Pada hal mereka diperlihatkan kepada mereka, berharap orang yang kafir kalau bisa ia tebus diri nya daripada azab hari itu dengan anak-anak nya.
12. Dan (dengan) isteri nya dan saudara laki-laki nya.
14.  Dan (dengan) siapa-siapa yang dibumi semuanya, kemudian ia selamatkan dia.
15. Tidak sekali-sekali ! sesungguhnya (neraka) itu nyalaan.
16. Yang menanggalkan kulit kepada.
17. Yang memanggil orang yang membelakang dan berpaling.
18. Dan mengumpul dan menyimpan.
19. Sesungguhnya manusia itu dijadikan (sifat) loba – kikir.
20. Mengeluh apabila kesusahan menimpa dia.
21. Dan kikir apabila keuntungan mengenai dia.
22. Kecuali orang yang sembahayang.
23. Yang berkekalan atas sembahayang.
24. Dan yang diharta-hata mereka ada hak yang maklum,
25. Bagi yang meminta dan yang tidak mampu
26. Dan membenarkan hari pembalasan.
27. Dan yang khuatir kepada azab Tuhan mereka.
28. Kerana sesungguhnya azab (dari) Tuhan mereka tidak dapat dipercayai.
29. Dan yang memelihara kemaluan-kemaluan mereka.
30. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau siapa-siapa yang dimiliki oleh tangan-tangan kanan mereka, kerana sesungguhnya mereka tidak tercela.
31. Tetapi berang  siapa mahu lain daripada itu maka (adalah) mereka orang-orang melewati batas.
32. Dan  yang memelihara amanat-amanat mereka dan janji mereka.
23. Dan yang menunaikan persaksian-persaksian mereka.
34. Dan yang memilihara sembahayang mereka.
35. Mereka itu dimuliakan disyurga-syurga.
36. Maka mengapakah orang-orang kafir itu datang bersegera kejurusan mu.
37. Berpuak-puak dari kanan dan kiri ?
38. Apakah tiap-tiap seorang dari mereka ingin hendak dimasukkan (dalam) syurga kenikmatan ?
39. Tidak sekali-kali ! sesungguhnya kami jadikan mereka daripada apa yang mereka tahu.
40. Maka tidak ! aku bersumpah dengan Tuhan bagi beberapa timur dan beberapa barat, sesungguhnya kami berkuasa.
41. Atas mengganti (kejadaian) yang lebih baik daripada mereka, dan tidak kami lemah.
42. Oleh itu, biarkan lah mereka mendalam dan bermain-main hingga mereka bertemu hari yang dijanjikankepada mreka.
43. (Iaitu) hari yang mereka akan keluar daripada kubur-kubur dengan bersegera seolah-olah mereka pergi kepada berhala-berhala.
44. Didalam keadaan pandangan-pandangan mereka tunduk, ditimpa oleh kerendahan, yang demikian itu lah hari  yang mereka dijanjikan. 


[Ulasan][Penutup][Previous][Next][References].





No comments:

Post a Comment