Monday, May 27, 2013

Nuh



{71}
NUH (nabi Nuh) 1~28.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Sesungguhnya kami telah utus Nuh kepada kaum nya, bahawa ancamlah kaum mu sebelum datang kepada mereka azab yang pedih.
2. Ia berkata;  “hai kaum ku ! sesungguhnya aku bagi kamu, pangancam yang menerangkan”.
3. “Bahawa hendaklah kamu sembah Allah dan takut kepada nya dan taat kepadaku”.
4. “Nescaya ia ampunkan bagi kamu dari dosa-dosa kamu, dan ia akan biarkan kamu hingga satu ajal yang ditentukan, sesungguhnya ajal (dari) Allah, apabila datang, tidak dapat diundurkan, jika kamu tahu”.
5. Ia berkata; “hai Tuhan ku! Aku seru kaum ku malam dan siang”.
6. “Tetapi ajaklah ku tidak menambah kepada mereka melainkan lari”.
7. “Dan sesungguhnya tiap-tiap kali aku seru mereka (keagama ku) supaya engkau beri ampun bagi mereka, mereka sumbatkan jari-jari mereka ditelinga-telinga mereka, dan mereka berselimut dengan pakaian mereka, dan berkekalan mereka, dan mereka menyombong sangat”.
8. “Kemudian, sesungguhnya aku telah seru mereka dengan seruan yang nyaring”.
9. “Kemudian, sesungguhnya aku telah terang-terangkan (ajakan) bagi mereka, dan aku telah rahsiakan sungguh-sungguh (ajakan) bagi mereka”
10. “Maka aku berkata;  “mintalah ampun kepadaTuhan kamu, kerana sesungguhnya adalah ia pengampun”.
11. “Ia akan curahkan (air) langit atas kamu dengan sungguh-sungguh curahan”.
12. “Dan ia akan membantu kamu dengan harta  dan  anak buah, dan ia akan adakan bagi kamu syurga-syurga, dan ia akan adakan bagi kamu sungai-sungai”.
13. “Mengapa kamu tidak berharap (mengadakan) penghormatan besar bagi Allah”.
14. “Pada hal ia telah jadikan kamu (dalam) beberapa giliran ?”.
15. “Tidaklah kamu fikirkan bagaimana Allah jadikan tujuh langit bersusun-susun”.
16. “Dan ia jadikan bulan padanya  sebagai cahaya, dan ia jadikan matahari sebagai pelita ?”.
17. “Dan Allah tumbuhkan kamu dari bumi sungguh-sungguh tumbuhan”.
18. “Kemudian ia akan kembalikan kamu kepadanya dan ia akan keluarkan kamu sungguh-sungguh (daripadanya)”.
19. “Dan Allah telah jadikan untuk kamu bumi itu sebagai hamparan”.
20. “Supaya kamu jalani  daripadanya beberapa jalan yang lurus?”.
21. Berkata Nuh;  “Hai Tuhan ku ! sesungguhnya mereka telah derhaka kepada ku dan mereka turut orang yang hartanya dan anak buahnya tidak menambah bagi nya melainkan  kerugian”.
22. “Dan mereka membikin tipu daya yang sangat besar”.
23. “Dan mereka berkata; “janganlah kamu tinggalkan tuhan-tuhan kamu, dan jangan lah kamu tinggalkan, wadd dan jangan suwwa, dan jangan  yaghuts, yu’uq dan nasr”.
24. “dan sesungguhnya mereka telah sesatkan  banyak (manusia), dan jangan lah engkau tambah (bagi) orang-orang yang anyanyai itu melainkan  kesesatan”.
25. Lantaran dosa-dosa mereka, ditenggelamkan mereka, lalu dimasukkan mereka ke neraka, maka mereka tidak mendapat untuk mereka pembantu-pembantu selain dari Allah.
26. Dan berkata Nuh; “hai Tuhan ku !  janganlah engkau tinggalkan diatas bumi ini, dari orang-orang kafir, seorang pun penduduk”.
27. “Kerana jika engkau tinggalkan mereka nescaya mereka sesatkan hamba-hamba mu dan mereka tidak akan menzahirkan  (anak)  melainkan yang  berdosa yang sangat kufur”.
28. “Hai Tuhan ku ! tutupkan lah bagi  ku, dan (ampunkanlah) bagi ibu bapa ku dan bagi orang yang masuk rumah ku sebagai mukmin, dan bagi mukmin dan mukminat, dan janganlah engkau tambah (bagi) orang-orang yang zalim itu melainkan kebinasaan”. 


[Ulasan][Penutup][Previous][Next][References]



Al-Maarij



{70}
AL-MA’ARIJ (jalan-jalan naik) 1~44.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.
                                                                         
1. Bertanya seorang yang bertanya tentang azab yang akan sampai.
2. (Dijawab); “buat orang-orang kafir, tidak ada baginya sebarang penolak”.
3. “Daripada  Allah yang mempunyai jalan-jalan naik”.
4. Naik melaikat dan ruh-ruh kepada nya didalam sehari kadar nya lima puluh ribu tahun.
5. Oleh itu, sabarlah satu kesabaran yang bagus. 
6. Sesungguhnya mereka pandang dia jauh.
7. Tetapi kita pandang dia dekat.
8. Iaitu pada hari yang jadilah langit itu seperti keledak minyak.
9. Dan jadilah gunung-gunung itu seperti bulu.
10. Dan seorang keluarga yang hampir tidak akan bertanya kepada seorang keluarga (nya).
11. Pada hal mereka diperlihatkan kepada mereka, berharap orang yang kafir kalau bisa ia tebus diri nya daripada azab hari itu dengan anak-anak nya.
12. Dan (dengan) isteri nya dan saudara laki-laki nya.
14.  Dan (dengan) siapa-siapa yang dibumi semuanya, kemudian ia selamatkan dia.
15. Tidak sekali-sekali ! sesungguhnya (neraka) itu nyalaan.
16. Yang menanggalkan kulit kepada.
17. Yang memanggil orang yang membelakang dan berpaling.
18. Dan mengumpul dan menyimpan.
19. Sesungguhnya manusia itu dijadikan (sifat) loba – kikir.
20. Mengeluh apabila kesusahan menimpa dia.
21. Dan kikir apabila keuntungan mengenai dia.
22. Kecuali orang yang sembahayang.
23. Yang berkekalan atas sembahayang.
24. Dan yang diharta-hata mereka ada hak yang maklum,
25. Bagi yang meminta dan yang tidak mampu
26. Dan membenarkan hari pembalasan.
27. Dan yang khuatir kepada azab Tuhan mereka.
28. Kerana sesungguhnya azab (dari) Tuhan mereka tidak dapat dipercayai.
29. Dan yang memelihara kemaluan-kemaluan mereka.
30. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau siapa-siapa yang dimiliki oleh tangan-tangan kanan mereka, kerana sesungguhnya mereka tidak tercela.
31. Tetapi berang  siapa mahu lain daripada itu maka (adalah) mereka orang-orang melewati batas.
32. Dan  yang memelihara amanat-amanat mereka dan janji mereka.
23. Dan yang menunaikan persaksian-persaksian mereka.
34. Dan yang memilihara sembahayang mereka.
35. Mereka itu dimuliakan disyurga-syurga.
36. Maka mengapakah orang-orang kafir itu datang bersegera kejurusan mu.
37. Berpuak-puak dari kanan dan kiri ?
38. Apakah tiap-tiap seorang dari mereka ingin hendak dimasukkan (dalam) syurga kenikmatan ?
39. Tidak sekali-kali ! sesungguhnya kami jadikan mereka daripada apa yang mereka tahu.
40. Maka tidak ! aku bersumpah dengan Tuhan bagi beberapa timur dan beberapa barat, sesungguhnya kami berkuasa.
41. Atas mengganti (kejadaian) yang lebih baik daripada mereka, dan tidak kami lemah.
42. Oleh itu, biarkan lah mereka mendalam dan bermain-main hingga mereka bertemu hari yang dijanjikankepada mreka.
43. (Iaitu) hari yang mereka akan keluar daripada kubur-kubur dengan bersegera seolah-olah mereka pergi kepada berhala-berhala.
44. Didalam keadaan pandangan-pandangan mereka tunduk, ditimpa oleh kerendahan, yang demikian itu lah hari  yang mereka dijanjikan. 


[Ulasan][Penutup][Previous][Next][References].





Al-Haqqah



{69}
AL-HAQQAH (yang tentu datang) 1~ 52.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Yang tentu datang !
2. Apa yang tentu datang itu ?
3. Dan apa yang membikin mu tahu apa  dia yang tentu datang itu ?
4. (Kaum-kaum) Samud dan Aaad telah dustakan hari kiamat itu.
5. Oleh itu, ada pun (kaum)  Samud, maka telah dibinasakan mereka dengan pekikan.
6. Dan ada pun (kaum) Aad, maka dibinasakan mereka  dengan angin sangat dingin yang melampaui batas.
7. Ia timpakan dia atas mereka tujuh malam dan lapan hari terusan-terusan, maka engkau dapat melihat padanya kaum itu gugur mati seolah-seolah mereka batang kurma yang kosong tengahnya.
8. Maka adakah engkau lihat bagi mereka sia-sia ?
9. Dan telah datang Firaun dan orang-orang  yang sebelum nya dan penduduk negeri-negeri yang terbalik dengan sebab (mengerjakan) maksiat.
10. Iaitu mereka derhaka kepada utusan Tuhan mereka, lalu ia seksa mereka satu seksaan yang bersangatan.

11. Sesungguhnya kami, tetakala naik air, kami muatkan kamu didalam kapal itu.
12. Untuk kami jadikan dia peringatan bagi kamu, dan (supaya) diterima dia oleh telinga yang suka menerima.
13. Maka apabila ditiup disengkala satu tiupan.
14. Dan diangkat bumi dan gunung-gunung, lalu diremukkan kedua-duanya satu remukan.
15. Maka pada hari itu terjadilah kejadian itu.
16. Dan terbelah langit, maka (adalah) ia pada hari itu lemah.
17. Dan  melaikat-melaikat (adalah) dipenjuru-penjuru atasnya, dan menanggung aras Tuhan  mu diatas mereka, pada hari itu, lapan Melaikat.
18. Pada hari itu, kamu akan dihadapkan didalam keadaan tidak terembunyi (lagi) dari (urusan-urusan) kamu suatu yang tersembunyi.
19. Maka ada pun orang yang diberi surat (perhitungan) disebelah kanan nya, akan berkata; “marilah ! bacalah surat ku (ini)”.
20. “Sesungguhnya (memang) aku percaya, bahawa aku akan bertemu perhitungan ku (yang baik)”.
21. Maka (adalah) ia dalam penghidupan yang diredai.
22. Disyurga yang tinggi.
23. Pemetikan itu dekat.
24. (Dikata); “makan dan minumlah kamu dengan gembira dengan sebab (amal) yang  kamu telah sediakan dihari-hari yang telah lalu”.
25. Dan ada pun orang yang diberi suatu (perhitungan nya) disebelah kirinya, akan berkata; “alangkah baik nya kalau aku tidak diberi surat ku (ini) !”.
26. “Dan aku tidak tahu apa (dia) perhitungan ku !”.
27. “Alangkah baiknya kalau (kematian) itu adalah pemberes !.
28. Harta ku tidak melepaskan daripada ku (azab Tuhan).
29. Hilang daripada ku kekuasaan ku.
30. (Dikata); “ambillah dia, lantas belengulah dia”.
31. “Kemudian masuk kan lah dia dijahanam”,
32. “Kemudian bebanlah dia dengan rantai yang panjang nya tujuh puluh hasta”.
33. “(kerana)  sesungguhnya adalah ia tidak beriman kepada Allah yang maha besar”.
34. “Dan tidak ia gemarkan (manusia)  pada memberi makan orang meskin”.
35. “Lantaran itu, pada hari ini, tidak ada bagi nya  sahabat kerebat disini”.
36. “Dan tidak ada makanan (baginya)  melainkan dari darah campur nanah”.
37. “Yang tidak memakan dia melainkan orang-orang yang berdusta”.
38. Tetapi tidak ! aku bersumpah dengan apa yang kamu lihat.
39. Dan dengan apa yang kamu tidak lihat !
40. Sesungguhnya (Quran) itu perkataan  pesuruh yang mulia.

41. Dan bukan lah ia perkataan ahli seher, sedikit pun tidak kamu beriman !.
42. Dan bukan perkataan tukang tenung, sedikit pun tidak kamu ingat .
43. (iaitu) penurunan dari Tuhan bagi sekelian alam.
44. Dan jika ia memalsukan sebahagian daripada omongan atas (nama) kami.
45. Nescaya kami ambil daripada nya dengan kekerasan.
46. Kemudian nescaya kami akan putuskan urat jiwa daripadanya.
47. Maka tidak seorang pun daripada kamu dapat menghalangi (seksaan kami) daripadanya.
48. Dan sesungguhnya (hal)  itu suatu peringatan bagi orang-orang yang berbakti.
49. Dan sesungguhnya kami ketahui bahawa se nya diantara kamu (ada) orang-orang yang mendustakan
50. Dan sesungguhnya (yang demikian) itu satu penyesalan atas orang-orang kafir.
51. Dan sesungguhnya (Quran) itu kebenaran yang diyakini.
52. Lantaran itu, anggaplah kesucian nama Tuhan mu yang maha besar. 


[Ulasan][Penutup][Previous][Next][References]

Kalam



{68}
AL-QALAM (kalam) 1~52.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Nun, perhatikan lah kalam dan sesuatu yang mereka tulis (atasnya).
2. Bukankah engkau, dengan nikmat Tuhan mu, (bukan) orang gila.
3. Dan sesungguhnya adalah bagi mu ganjaran yang tidak putus.
4. Dan sesungguhnya engkau (diciptakan) atas perangai yang  besar.
5. Maka engkau akan melihat, dan mereka (pun) akan melihat,
6. Siapa diantara kamu yang gila.
7. Sesungguhnya Tuhan mu itu ialah yang lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalan nya, dan ialah yang lebih mengetahui orang-orang yang terpimpin.
8. Maka janganlah engkau turut (kemahuan) orang-orang yang mendustakan.
9. Dan mereka suka kalau engkau berlaku longgar, maka mereka (pun) akan berlaku longgar.
10. Dan janganlah engaku turut (kemahuan) tiap-tiap penyumpah yang  hina.

11. Pencela, yang kesana kemari dengan (fitnah) ancaman.
12. Penghalang kebaikan, yang melewati batas, yang berdusta.
13. Yang kaku kasar, yang selain itu, penuh dengan kejahatan.
14. Lantaran adalah ia mempunyai harta dan anak buah.
15. Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat kami, ia berkata; “dongangan orang-orang dahulu”.
16. Kami akan tandakan dia  atas belalai nya (batang hudung).
17. Sesungguhnya kami telah beri percubaan kepada mereka sebagaimana kami telah beri percubaan kepada orang-orang yang punya kebun, tetakala mererka bersumpah, bahawa besok pagi-pagi mereka akan petik habis buah-buah kebun itu.
18. Dan mereka tidak kecualikan.
19. Maka dikelilingi (kebun) itu oleh satu pengeliling dari Tuhan mu, pada hal mereka sedang tidur.
20. Maka jadilah ia seperti malam yang gelita.

21. Maka pada pagi-pagi  mereka berseru-seruan;
22. “Bahawa pergilah keladang kamu jika kamu hendak mengatam”.
23. Maka pergilah mereka didalam keadaan berbisek
24. “Bahawa pada ini hari janganlah  seorang miskin pun masuk kekebun itu buat menganggu kamu”.
25. Dan pergilah mereka dengan niat menghampakan, pada hal mereka mampu (menolong).
26. Tetapi tetakala mereka lihat (kebun) itu, mereka berkata; “sesungguhnya kita sesat (jalan).
27. “(Tidak), bahkan kita orang-orang yang dihampakan”.
28. Berkata orang yang adil dari antara mereka; “bukankah aku telah berkata kepada kamu; “alangkah baiknya kalau kamu berbakti?”.
29. Mereka mengucap; “maha suci Tuhan kita ! sesungguhnya adalah kita orang-orang yang menganyayai (diri sendiri)”.
30. Lalu mulai sebahagian daripada mereka bercela-celaan terhadap sebahagian.
31. Mereka menyeru; “wahai kecelakaan kita ! sesungguhnya kita adalah orang-orang yang melewati batas”.
32. “Mudah-mudahan Tuhan kita gantikan kepada kita (kebun)  yang lebih baik dari itu, sesungguhnya kepada  Tuhan kitalah kita kembali”.
33. Bagitulah azab itu ! tetapi azab akhirat lebih besar jika mereka tahu.
34. Sesungguhnya bagi orang-orang yang berbakti (adalah) syurga kenikmatan disisi Tuhan mereka.
35. Apakah kami akan jadikan muslimin itu seperti orang-orang yang durhaka ?
36. Apa (yang terjadi) bagi kamu ? bagaimana kamu menghukum ?
37. Ataukah ada bagi kamu sebuah kitab yang kamu baca padanya.
38. Bahawa se nya ada disitu untuk kamu apa yang kamu ingini ?.
39. Atau adakah bagi kamu perjanjian-perjanjian teguh yang mengikat kami hingga hari kiamat, iaitu bahawa se nya kamu akan (berhak) mendapat apa yang kamu hukumkan ?.
40. Tanyalah mereka, siapakah diantara mereka penolong ditentang itu ?

41. Atau adakah bagi mereka sekutu-sekutu ? maka hendaklah mereka bawa sekutu-sekutu mereka itu jika (betul) mereka orang-orang yang benar.
42. Dihari yang  disinsing (kain) dari betis dan diseru mereka kepada  sujud, tetapi mereka tidak berdaya.
43. Hal keadaan pandangan-pandangan mereka tunduk, sedang mereka ditimpa kehinaan. Pada hal didunia pernah dipanggil mereka kepada sujud, sedang mereka dialam sejahtera.
44. Maka biarkanlah akan daku berserta siapa  yang mendustakan ini omongan. Kami akan tarik mereka sedikit demi sedikit dengan cara yang mereka tidak tahu.
45. Dan aku hulurkan  (waktu) bagi mereka, sesungguhnya dia (yang) aku (atur itu) teguh.
46.  Atau apakah engkau minta upah kepada mereka, lalu mereka (merasa) diberati dengan pembayaran ? .
47. Atau adakah disisi mereka urusan ghaib, lalu mereka tulis ?
48. Maka sabarlah terhadap hukum Tuhan mu, dan janganlah engaku jadi seperti orang yang diperut ikan itu, tetakala ia menyeru, pada hal ia sangat murka.
49. Sekiranya tidak diburu dia oleh nikmat dari Tuhan nya, nescaya tercampaklah ditanah lapang didalam keadaan tercela.
50. Lalu Tuhan nya pilih dia, iaitu jadikan dia daripada orang-orang yang baik.
51. Dan sesungguhnya hampir orang-orang kafir itu menumbangkan  mu dengan pandangan-pandangan mereka, tetakala mereka mendengar Quran, dan mereka berkata; “sesungguhnya ia itu seorang gila”.
52. Pada hal (Quran) itu tidak lain melainkan peringatan bagi makhluk yang berakal.


[Ulasan][Penutup][Previous][Next][References].